Sejak larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok dikuatkuasakan pada 1 Disember, Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) telah mencatatkan lima kes tangkapan melibatkan 13 individu, termasuk lima warganegara tempatan dan lapan warganegara asing (tiga dari India dan lima dari Thailand).
Tangkapan pertama berlaku pada 7 Disember, selepas air Sungai Golok surut akibat banjir.
Walaupun terdapat individu yang berani merentas menggunakan pangkalan haram secara sembunyi, pihak PGA tetap proaktif dengan mengubah strategi operasi untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan.
Keadaan di pangkalan haram kini mulai sepi, dengan orang ramai mula memahami peraturan dan lebih memilih menggunakan laluan sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS).
Sumber: Sinar Harian