Sebuah kubu berusia lebih 80 tahun, yang dipercayai dibina semasa Perang Dunia Kedua telah ditemui di tebing Sungai Kelantan selepas sebuah pokok besar tumbang akibat runtuhan tanah berhampiran kondominium di Jalan Post Office Lama.
Penemuan ini disahkan dan kerajaan negeri bercadang menjadikan kubu tersebut sebagai tarikan pelancongan.
Sebelum ini, tiada maklumat mengenai kubu bersejarah ini.
Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Perbadanan Muzium Kelantan dan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan tinjauan lanjut dan mempromosikan kubu ini sebagai produk pelancongan.
Penduduk setempat juga terkejut dengan penemuan tersebut kerana lokasi kubu itu selama ini tersembunyi oleh pokok besar dan semak samun.
Sumber: Berita Harian