Menurut Leftenan Jeneral Paisan Nusang, Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, sindiket yang memproses dan mengedar dadah methamphetamine (syabu) di Thailand dipercayai menggunakan Malaysia sebagai transit sebelum menyeludupnya ke negara lain seperti Australia dan Eropah.
Siasatan awal mendapati dadah tersebut diproses di utara Thailand, kemudian dibawa ke selatan sebelum merentasi Sungai Golok untuk memasuki Malaysia.
Tiada makmal methamphetamine di selatan Thailand dan sindiket menggunakan Malaysia sebagai laluan transit.
Pihak berkuasa Thailand kini meningkatkan pemantauan di sempadan Malaysia-Thailand untuk menghalang kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah.
Sumber: Berita Harian