SMAN PAHANG TERSENARAI KEDUDUKAN LIMA TERBAIK STAM PERINGKAT KEBANGSAAN

BENTONG, 17 DISEMBER 2024 : Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang tersenarai pada kedudukan terbaik lima teratas terbaik kebangsaan apabila mendapat 2.87 dalam gred purata negeri (GPN).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, seramai 13 pelajar daripada SMAN berjaya mendapat pangkat mumtaz, 84 pelajar mendapat pangkat jayyid jiddan dan 124 pelajar pula memperoleh pangkat jayyid.

“Saya bersyukur kepada Allah swt dan saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Pahang yang selama ini menggembleng tenaga untuk memastikan sekolah-sekolah agama Kerajaan Negeri ini dapat melahirkan inspirasi kerajaan bila mana semua pelajar-pelajar itu mendapat kejayaan yang cemerlang.

“Kita sebutkan tadi macam mana STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) menjadi ‘top five’ di peringkat kebangsaan dan juga gred purata negeri bagi SPM pun meningkat, gred purata negeri bagi SMAN pun meningkat, jadi semua ini bukti guru-guru, jabatan agama bertungkus lumus mengajar.

“Jadi ini satu bukti prestasi yang budak (pelajar) dapat capai hasil daripada kesungguhan Kerajaan Negeri menanam modal di sekolah-sekolah agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Kali Ke-23 yang diadakan di Geo Resort & Hotel di Genting Highlands, hari ini.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato’ Haji Abdul Zaki Md Zain dan Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Profesor Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Pada majlis sama telah disampaikan anugerah kecemerlangan kepada 190 pelajar dan guru SMAN Pahang.

Kerajaan Persekutuan turut menyampaikan sumbangan kepada Institusi Pendidikan dan Agama di Negeri Pahang sebanyak RM100,000.

Jelasnya, penganjuran majlis berprestij itu diadakan di lokasi pelancongan popular itu sebagai tanda penghargaan terhadap semua pihak yang berusaha melahirkan pelajar SMAN yang cemerlang selain dapat menjadi dorongan kepada pelajar-pelajar lain untuk sama-sama berusaha mencapai kecemerlangan.

“Kita sentiasa meningkat dari satu masa ke satu masa dari segi prestasi pendidikan tu, jadi kita kena raikan kejayaan mereka, jadi kita harap adik-adik yang junior ini buat macam abang-abang yang senior bahkan gandakan lagi kejayaan itu,” katanya.

Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan yang besar kira-kira RM170 juta kepada agensi-agensi keagamaan seluruh Pahang di mana sebahagian daripada jumlah itu telah diberikan kepada SMAN bagi menjalankan pengoperasian serta menambah baik fasiliti dan kemudahan kepada pelajar.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut