PGA RAMPAS BEG TANGAN TIRUAN BERNILAI RM435 RIBU

Pada 21 Disember 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan beg tangan tiruan di Kampung Rantau Panjang dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan.

Sebuah lori jenis Isuzu yang mencurigakan ditahan pada sekitar jam 6.30 petang.

Pemeriksaan mendapati beberapa kotak mengandungi 435 unit beg tangan pelbagai jenama tiruan yang dipercayai diseludup dari Thailand bernilai RM435,000.00.

Seorang suspek lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai penghantar beg tangan tiruan tersebut ditahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …