TANDAS ‘BMW’ DI PASAR BESAR SITI KHADIJAH

Tandas awam di Pasar Besar Siti Khadijah kini sedang dinaiktaraf untuk mewujudkan tandas ‘BMW’ (Bersih, Menawan, Wangi).

Langkah ini diambil oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi mengekalkan Pasar Besar Siti Khadijah sebagai pasar terbersih di Malaysia.

MPKB-BRI juga meningkatkan pembersihan dengan jadual harian dan menggunakan peralatan moden seperti penyedut vakum industri dan mesin cuci tekanan tinggi.

Selain itu, kempen pengasingan sisa basah dan kering juga dijalankan dan tong sampah mencukupi disediakan.

Pasar ini pernah dinobatkan sebagai Pasar Awam Terbersih di Malaysia pada 2021.

MPKB-BRI juga melaksanakan program kesedaran dan penguatkuasaan undang-undang kebersihan.

 

Sumber: UPKN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

KAPAL TANGKI DISYAKI SIMPAN 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN KUALA MELAKA

Kuala Linggi – Sebuah kapal tangki yang disyaki menyimpan kira-kira 50 tan metrik minyak diesel bernilai hampir RM180,000 tanpa dokumen …

BAJET MELAKA 2026: PERTINGKAT AKSES KESIHATAN RAKYAT

Ayer Keroh – Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berharap Bajet Melaka 2026 akan menyediakan …

MELAKA BANGUNKAN ‘SUARA’, PLATFORM RASMI HIMPUN MAKLUM BALAS RAKYAT

Banda Hilir– Sistem Umum dan Analitik Rakyat (SUARA) dibangunkan di bawah Melaka Data Intelligence Centre (MDIC) kini menjadi platform rasmi …