Kerajaan Negeri Kelantan berbangga dengan kejayaan I-Medikal Pharma Holding Berhad, syarikat bumiputera yang berjaya menembusi pasaran New York, Amerika Syarikat.
Produk LX-Hydro keluaran I-Medikal dijangka memasuki pasaran Amerika Syarikat pada Januari 2025.
Produk ini adalah minuman kesihatan premium yang bertujuan mengembalikan tenaga, sesuai untuk individu aktif, atlet dan mereka yang mengalami dehidrasi.
Kejayaan ini mendapat sokongan daripada kerajaan negeri, termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
I-Medikal memilih Amerika Syarikat kerana pasaran yang luas dan kuasa beli rakyatnya yang tinggi.
Sumber: UPKN Kelantan