BANJIR: MANGSA DI JOHOR KEKAL 36 PAGI INI

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor tidak berubah dengan jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga, setakat jam 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, memaklumkan semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, yang dibuka sejak 29 November lalu.

“Ini susulan petempatan mereka di Kampung Seberang Batu Badak masih digenangi banjir termenung.

“Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.47 meter (trend menaik),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, keadaan cuaca di daerah Johor Bahru, Pontian, Kluang, dan Kulai dijangka cerah, manakala Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, dan Tangkak mendung, sementara Mersing dan Segamat diramalkan hujan pada pagi ini.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …