Pada 11 Disember 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tumbuhan di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang, Kelantan.
Dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan, sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan dan pemeriksaan mendapati lebih 15,000 anak pokok yang disyaki diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM4,575,000.00.
Suspek disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi