PAYUNG PANTAI LEBIH CANTIK GANTI KHEMAH BIRU DI TELOK KEMANG BERMULA 11 JANUARI – MPPD

Penyediaan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun di Pantai Telok Kemang, Port Dickson di sini, yang dijadual bermula hari ini ditangguhkan ke 11 Januari tahun depan, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Hasnor Abd Hamid.

Pihaknya sudah membuat perolehan payung pantai terbabit dan ia mengambil sedikit masa kerana membabitkan kuantiti yang banyak. MPPD menjangkakan payung pantai yang akan menggantikan khemah biru dapat beroperasi mulai 11 Januari ini tertakluk kepada ketibaan bekalan payung pantai itu. Setakat ini, sebarang jenis khemah termasuk khemah biru tidak dibenarkan dipasang di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar sebelum ini dilaporkan berkata, MPPD akan menyediakan kawasan khas untuk penempatan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun melibatkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang yang dijadualkan bermula hari ini. Beliau berkata, MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.

Setiap plot berukuran 12 meter x 6 meter ditetapkan bagi peniaga menjalankan perniagaan sewaan payung pantai dan kerja naik taraf serta penyediaan plot itu dilakukan pada 18 November lalu.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut