113 KAMPUNG DI EMPAT DAERAH DI KELANTAN DIJANGKA TERJEJAS BANJIR

Sebanyak 113 kampung di empat daerah di Kelantan (Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu) diminta berwaspada berikutan ramalan hujan berterusan dari Rabu hingga Sabtu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Kampung-kampung di kawasan rendah, terutama yang terletak dalam lima kilometer dari Sungai Kelantan dijangka terjejas oleh banjir.

Daerah Machang dijangka melibatkan 15 kampung, Pasir Mas (54 kampung), Tumpat (16 kampung) dan Kota Bharu (28 kampung).

JPS memberi amaran bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan dan penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti arahan pihak berkuasa.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut