NEGERI SEMBILAN UMUM BAYARAN TAMBAHAN INSENTIF IPTA

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan sebanyak RM500 tambahan Bantuan Khas Kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) secara sekali beri bagi kategori Ijazah pengkhususan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bermula tahun hadapan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, penambahan itu dilakukan selepas mengambil kira pelbagai faktor dan keperluan semasa selain ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Jumlah baharu bagi kategori tersebut adalah RM1,500 berbanding sebelum ini RM1,000. Pertambahan nilai ini juga bagi menggalakkan lebih ramai pelajar memilih bidang STEM di peringkat Ijazah. Insentif ini adalah di bawah Pejabat Menteri Besar dan permohonan boleh dibuat melalui aplikasi N9 DIGITAL mulai tahun 2025.

Selain itu, tambahan RM50 sebulan bagi Bantuan Sara Hidup untuk mahasiswa dari keluarga B40 dengan jumlah terbaru bagi insentif ini adalah RM200 sebulan iaitu RM2,400 setahun. Insentif ini dikendalikan di bawah Yayasan Negeri Sembilan dan akan bermula pada tahun 2025. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang https://www.yns.gov.my.

Anak-anak Negeri Sembilan dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah yang melanjutkan pengajian di peringkat sijil, diploma dan Ijazah boleh memohon Bantuan Khas Kemasukan ke IPTA dengan jumlah sijil (RM500), Diploma (RM750) dan Ijazah (RM1,000).Jumlah itu ditetapkan sejak insentif berkenaan diperkenalkan pada 2019 hingga 2024 yang mana berdasarkan rekod sehingga November 2024, seramai 2882 orang pelajar membabitkan sijil seramai 362 orang, diploma (1102) dan Ijazah (1,412) telah menerima insentif tersebut.

Begitu juga Bantuan Sara Hidup bagi mahasiswa anak Negeri Sembilan dari keluarga berpendapatan Isi rumah bawah RM5,000 dengan jumlah RM150 sebulan dengan RM1800 setahun. Setakat Disember ini pula, seramai 2,537 penerima bantuan ini dalam kalangan pelajar diploma dan ijazah di IPTA.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut