11 Disember 2024 – YBhg Dato’ PKN Kelantan bersama-sama Ketua Jajahan Tumpat, Ketua Polis Daerah Tumpat dan Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA telah dibawa menelusuri Sungai Golok dengan menaiki bot ronda Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh berkenaan isu pengoperasian bot galah di sepanjang Sungai Golok.
Hasil daripada tinjauan tersebut, terdapat pengurangan dari aspek pengoperasian bot galah. Walaupun tiada pergerakan bot galah untuk membawa penumpang (manusia), namun tanda-tanda pergerakan untuk membawa barangan seperti haiwan dan produk pertanian mungkin masih berlaku. Ini adalah hasil tindakan tegas oleh pihak PDRM dalam penguatkuasaan Seksyen 5 (2) Akta imigresesn seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Semoga usaha ini dapat mengurangkan aktiviti ketirisan yang berlaku di sempadan Malaysia – Thailand