KERAJAAN KELANTAN GESA PLSB SUNGAI GOLOK DIKAJI SEMULA

Kerajaan Kelantan menggesa pihak berkaitan mengkaji semula perancangan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok agar dilaksanakan secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur untuk mengelakkan kesan buruk kepada rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, menegaskan pentingnya keselamatan dan kebajikan rakyat dalam setiap perancangan pengurusan banjir.

Cadangan pembinaan pintasan (bypass) untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan Meranti, Lancang, dan sekitarnya perlu dinilai semula.

Kerajaan negeri juga menyeru agar pandangan penduduk kampung sekitar Sungai Golok diambil kira, dengan komitmen untuk mengatasi kerugian tahunan akibat banjir dan memastikan reka bentuk projek memenuhi standard perlindungan terkini.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut