MTL GELOMBANG KEDUA: GUA MUSANG, KUALA KRAI, TANAH MERAH MULA DINAIKI AIR

Tiga jajahan di Kelantan iaitu Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah, mula dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Di Gua Musang, 1,650 penduduk terputus hubungan apabila jambatan penghubung Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil tenggelam.

Di Kuala Krai, walaupun air mula naik di beberapa kampung, tiada penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

Di Tanah Merah, beberapa kampung rendah turut dinaiki air.

Sungai Aring di Gua Musang melepasi paras bahaya, sementara Sungai Golok di Tanah Merah berada pada paras amaran.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat berterusan hingga 16 Disember.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut