JKDM NEGERI SEMBILAN TUMPASKAN SINDIKET PENYELUDUPAN TEMBAKAU

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan tembakau pada bulan lalu melibatkan nilai sitaan termasuk cukai berjumlah lebih setengah juta.bMenurut Pengarahnya, Muhammad Ilyas Queek Abdullah, berdasarkan hasil risikan diterima, lebih kurang pukul 1 petang pada 20 November lalu, sepasukan anggota dari Unit Operasi Kastam Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan telah menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor.

Setelah dibuka pintu kontena, pasukan menemui sejumlah 85 kotak makanan ringan dan lima peti minuman ringan pelbagai jenama yang disusun di bahagian hadapan. Hasil pemeriksaan lanjut kemudian telah menjumpai sejumlah 716 kotak dengan seberat 3,580 kilogram serbuk tembakau yang disusun di bahagian dalam kontena dan dianggarkan nilai RM361,962.25 dengan melibatkan duti cukai berjumlah RM252,905.97. Secara keseluruhannya, jumlah nilai sitaan termasuk cukai dianggarkan sebanyak RM614,868.22.

Seorang orang yang disyaki (OYDS) berusia 30-an yang merupakan pekerja syarikat perkapalan telah ditahan untuk siasatan lanjut.bBerdasarkan modus operandi, sindiket membuat pengikraran tidak benar terhadap dagangan yang memerlukan permit import dan dipercayai serbuk tembakau terbabit untuk pasaran tempatan. Pihaknya percaya kegiatan ini melibatkan individu lain dan kes ini sedang disiasat dimana jika sabit kesalahan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Tembakau adalah barangan larangan dimana pengimportannya tertakluk kepada permit import di bawah Butiran 66 Bahagian I Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.cBerikutan itu, kesemua barang kes bersama kontena telah disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967 untuk siasatan lanjut dan ini merupakan kes pertama JKDM Negeri Sembilan berjaya tumpaskan melibatkan tembakau.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) TAHUN BAHARU CINA 2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐌𝐔𝐌 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 (𝐒𝐇𝐌𝐌𝐏) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 Menjelang sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada 17 & …

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 2026

KUALA LUMPUR, 12 Februari -Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia tahun ini adalah …

KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22

Bukit Palah – Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan RM22, kata …