AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP BURUK, WASPADA DI 7 NEGERI HINGGA RABU

KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada diramal membabitkan kebanyakan negeri terutama di Pantai Timur hingga Rabu ini,

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk itu membabitkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Sementara itu, METMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kedah, amaran itu dikeluarkan di beberapa daerah termasuk Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, di Hulu Perak, Perak, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang dan Segamat, Mersing serta Kota Tinggi di Johor.

METMalaysia memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungibagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …