SIDANG DUN : PROJEK PENGGANTIAN JAMBATAN JALAN SEGAMAT-GAMBANG DIJANGKA SIAP PERTENGAHAN 2026

KUANTAN, 05 DISEMBER 2024 : Projek Menggantikan Jambatan Di Laluan Persekutuan FT12 (Segamat – Gambang) dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2026 dengan kos kontrak sebanyak RM11.477 juta.

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir. Razali Kassim, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah pun melantik kontraktor bagi kerja penggantian jambatan di laluan berkenaan.

“Pada Mac 2024, Kementerian Ekonomi telahmeluluskan permohonan one-off Kementerian Kerja Raya bagi melaksanakan projek penggantian struktur arch bridge tersebut kepada struktur jambatan konvensional di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 Tahun 2024 dengan kos berjumlah RM 11.477 juta.

“Pada Jun 2024, Kementerian Kewangan telah meluluskan kaedah perolehan secara Tender Terbuka Pra Kelayakan. JKR Malaysia telah melantik kontraktor untuk menjalankan Projek Menggantikan Jambatan Di Laluan Persekutuan FT12 Segamat – Gambang, Seksyen 102, Sungai Temiang, Pekan, Pahang.

“Maklumat Projek adalah seperti berikut di mana tarikh milik tapak adalah pada 2 Disember 2024, dan tarikh siap semasa adalah pada 17 Mei 2026 dengan tempoh kontark selama 78 minggu,” katanya.

Menurut beliau, status terkini di tapak projek adalah melibatkan kerja-kerja survey pada 5 Disember sehingga 19 Disember ini dan pejabat tapak adalah pada 2 Disember sehingga 23 Disember ini.

Beliau berkata penggantian jambatan ini berikutan struktur sedia ada di Seksyen 102 telah mengalami mendapan dan kerosakan akibat limpahan air hujan luar biasa pada 7 Januari lepas.

“Mendapan dan kerosakan struktur arch bridge telah menyebabkan Jalan FT12 tersebut ditutup untuk semua jenis kenderaan sehingga kerja-kerja pembinaan lencongan sementara dan pemasangan jambatan bailey oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) disiapkan dan laluan dibuka semula pada 26 Januari 2024.

“Jalan Kuantan – Segamat (FT12) merupakan laluan utama menghubungkan antara Negeri Pahang, Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut