SIDANG DUN : PAHANG TERIMA RM6.787 BILION PELABURAN SEHINGGA NOVEMBER 2024

KUANTAN, 5 DISEMBER 2024 : Kerajaan Pahang telah menerima pelaburan berjumlah RM6.787 pelaburan sehingga November 2024 iaitu 51.03 peratus daripada jumlah sasaran pelaburan bagi tahun 2024.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib berkata, masih terdapat satu lagi projek pelaburan yang akan dimuktamadkan pada 2024 iaitu Projek Pembangunan Loji Janakuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan di Kuantan Maritime Hub, Gebeng oleh Straits Inc. Pte Ltd dari Singapura berjumlah USD1.5 bilion (RM6.3 bilion) sekaligus mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM13 bilion.

“Kerajaan Negeri sentiasa bersedia dengan strategi bagi meningkatkan prestasi pelaburan Negeri Pahang dalam ekosistem dan situasi ekonomi yang mencabar ketika ini.

“Justeru itu, beberapa inisiatif sedang dan telah dilaksanakan bagi mendepani cabaran-cabaran ekonomi domestik dan global bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri Pahang terus teguh dan kekal di landasan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, menerusi Invest Pahang, kerajaan memberi tumpuan kepada lima kluster pelaburan yang diberi keutamaan iaitu Aeroangkasa, keterjaminan makanan, pembuatan, mobiliti (pengangkutan) dan pelancongan selain selaras pelan pembangunan iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (National Energy Transition Roadmap – NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Induk Industri Halal 2030.

Jelasnya, kerajaan juga mensasarkan Pahang menjadi hub pemasangan dan pembuatan kenderaan elektrik di Pantai Timur dengan memperkasa promosi jaringan logistik dan industri ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan.

Menurutnya, di bawah Pelaburan Dalam Sektor Industri Pertumbuhan dan Nilai Tinggi (High Growth High Value – HGHV), Kerajaan Pahang telah memberikan penekanan kepada tiga sektor iaitu Industri Berasaskan Peralihan Tenaga, Industri Pertanian & Industri Asas Tani dan Industri Nadir Bumi.

Bagi bidang robotik, Kerajaan Pahang telah menganjurkan bengkel Asas Robotik dan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur membabitkan pelajar sekolah bagi mencari penciptaan baharu dalam bidang berkenaan.

Kerajaan Negeri juga sedang merancang menyediakan Pahang Startup Blueprint yang menyokong Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030 bagi meneroka peluang dan menjadikan Pahang sebagai pelopor kepada syarikat pemula atau start-up.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut