𝗒𝗣 𝗗𝗔𝗗𝗨

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Pasukan OP DADU telah menyerbu sebuah premis kediaman di Bukit Mertajam yang dipercayai menjalankan aktiviti berunsurkan perjudian di dalam talian. Ketika serbuan dibuat, pihak polis mendapati seorang lelaki tempatan dan 2 orang perempuan warga negara asing sedang aktif menjalankan aktiviti perjudian di dalam talian. Hasil daripada serbuan tersebut ketiga-tiga individu itu telah berjaya ditahan dan beberapa peralatan menjalankan aktiviti perjudian telah dirampas.

Seorang lelaki tempatan dan dua orang perempuan warga negara asing telah di bawa ke Mahkamah Bukit Mertajam untuk permohonan reman.Β Reman selama 4 hari telah diperolehi agar siasatan lanjut dibawah Sek 4(1) C Akta Rumah Judi Terbuka dan Sek 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 dapat dijalankan.

Jika disabitkan bersalah dibawah Sek 4(1) C Akta Rumah Judi Terbuka, boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit (RM 5,000.00) dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit (RM 50,000.00) dan hendaklah juga dihukum dengan penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun dan sebagai tambahan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit (RM 5,000.00) dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit (RM 50,000.00) bagi tiap-tiap mesin judi yang disita.

Manakala peruntukkan dibawah Sek 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 boleh didenda tidak kurang sepuluh ribu ringgit (RM 10,000.00) atau penjara tidak lebih lima (5) tahun atau kedua-duanya dan sebatan tidak lebih enam (6) sebatan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

 

Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=61555639830173

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …