SIDANG DUN MELAKA (BAJET 2025) PADA 27, 30 DAN 31 DISEMBER

Banda Hilir – Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka akan diadakan pada 27, 30 dan 31 Disember ini, maklum Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, persidangan itu akan bermula dengan pembentangan Bajet 2025 Negeri Melaka pada Jumaat, 27 Disember.

“Kita memilih tarikh pada penghujung tahun kerana Kerajaan Negeri sedang memperhalusi dengan lebih mendalam bagi memastikan Bajet 2025 Negeri Melaka ini benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat.

“Pada masa sama, dalam tempoh sekarang kita masih dalam mod bersiap siaga untuk menghadapi musim tengkujuh, selain sepanjang bulan ini juga ada pelbagai program telah kita atur sempena penutup Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan saya mahu memastikan semua berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Bursa Malaysia – Melaka ESG Summit 2024: Enhancing Value Creation For Melaka’s Public Listed Companies and Small Medium Enterprises di sebuah hotel, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Ts. Mohd Hafizam Mustaffa dan lain-lain kenamaan.

Menurut Ketua Menteri, pada penghujung tahun ini, beberapa program besar telah dirangka antaranya, Melaka Berselawat, Sambutan Penutup TMM2024 serta Pelancaran Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) yang akan diadakan pada September tahun depan.

“Kerajaan Negeri juga akan menyediakan pelbagai program komprehensif bagi menjadikan Melaka sebuah negeri pelancongan sepanjang 2025 dan diteruskan pada 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut