RUGI RM14,000 GARA-GARA IKLAN SUSU, TEPUNG MURAH

Tertarik dengan harga murah susu dan tepung diiklan di Facebook, seorang peniaga kerugian RM14,274.55 selepas menjadi mangsa penipuan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, mangsa sebelum itu melihat iklan berkenaan dan berminat dengan tawaran harga murah disebabkan mangsa seorang peniaga. Disebabkan teruja, mangsa menekan pautan di laman sosial itu sebelum mengisi butiran peribadi termasuk no akaun bank dan kata laluan keselamatan.

Wang di dalam akaun mangsa kemudian dipindahkan sebanyak empat kali ke dalam pelbagai akaun termasuk akaun e-wallet. Mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh pihak bank mengenai transaksi pemindahan wang milik mangsa dan mangsa kemudian mendapati wang di dalam akaunnya berkurangan.

Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber:Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut