JIM TAWAR GANTI PASPORT ROSAK, HILANG AKIBAT BANJIR SECARA PERCUMA

PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport aktif yang hilang atau rosak semasa banjir secara percuma.

JIM menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan mangsa banjir yang mempunyai pasport dengan tempoh sah laku tidak kurang enam bulan dan memerlukan penggantian boleh membuat permohonan di mana-mana pejabat JIM berdekatan.

Menurut JIM, pemohon perlu membawa kad pengenalan, laporan polis (asal dan salinan) serta pasport asal (sekiranya ada) semasa hadir untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

“Kementerian Dalam Negeri menerusi JIM menawarkan penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir dalam usaha untuk membantu mempermudah urusan mereka yang terkesan,” menurut JIM.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …