HARIMAU KUMBANG MASUK PERANGKAP

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor harimau kumbang jantan yang dipercayai berkeliaran di sekitar Kampung Peradong di sini, pada Selasa.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, usaha menangkap haiwan terbabit dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai serangan harimau terhadap ternakan pada 25 Oktober lepas.

Haiwan berkenaan disyaki berasal dari hutan simpan berdekatan yang mana semasa siasatan, pengadu seorang lelaki berusia 50-an memberitahu harimau berkenaan cuba menghampiri kandang kambingnya. Bagaimanapun tiga ekor anjing penjaga kandang yang kena baham.

Ujarnya, Pejabat Perhilitan Daerah Jempol telah membuat pemantauan dan mendapati terdapat kesan tapak harimau kumbang dan telah memasang perangkap. Pemantaun dijalankan secara berkala di lokasi aduan sebelum jam 8 pagi tadi harimau seberat kira-kira 37 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang.

Beliau turut menasihati orang ramai yang memelihara haiwan ternakan berdekatan dengan pinggir hutan supaya sentiasa mengawasi ternakan masing-masing selain menyelenggara kandang atau pagar bagi mengelakkan menjadi mangsa harimau kumbang. Segala aduan boleh dipanjangkan kepada Pejabat Perhilitan Daerah yang terdekat sekiranya terdapat kesan atau penampakan harimau kumbang.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut