𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗠𝗞𝗡) 𝗡𝗢. 𝟮𝟭: 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗧𝗨𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗡𝗖𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

 

𝗠𝘂𝗮𝗿, 𝟮 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar telah menganjurkan Program Taklimat Keselamatan dan Latih Amal Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 21: Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam Peringkat Daerah Muar Tahun 2024 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.
Program yang julung-julung kali diadakan di daerah Muar ini bertujuan untuk untuk menerangkan serta meningkatkan pemahaman peserta mengenai Arahan MKN No. 21 berkaitan Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam, di samping untuk menguji pemahaman serta kesiapsiagaan agensi apabila berhadapan dengan situasi ketenteraman awam selain meningkatkan kerjasama strategik di antara agensi.
Program ini dimulakan dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Zainal bin Eran, Pegawai Daerah Muar dengan diiringi YBhg. Tuan Mohd. Hairul Anuar bin Bohro, Pengarah Keselamatan Negeri dan YDH ACP Raiz Mukhliz bin Azman Aziz, Ketua Polis Daerah Muar.
Antara pengisian program ini adalah Taklimat Arahan MKN No. 21 oleh DSP Roslan bin Masjin, Penolong Pengarah, Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, MKN JPM dan Sesi Latih Amal TTX Ex-Kepong yang telah dikendalikan oleh Supt. Muhammad Aidil Roneh bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar dan dibantu oleh DSP Roslan bin Masjin dan ASP Helmy bin Abdullah, ASP Gerakan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Anggaran seramai 150 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Keselamatan Daerah Muar, Ahli Jawatankuasa Ketenteraman Awam Daerah Muar, Pasukan Pengurusan Operasi Ketenteraman Awam Daerah Muar, serta barisan penghulu dan ketua-ketua kampung Daerah Muar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah Muar, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Pejabat Tanah Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar dan Pejabat Penerangan Daerah Muar atas kerjasama dan bantuan dalam melaksanakan program ini. Juga ucapan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah terlibat di atas komitmen dan kesungguhan hadir dan menjayakan program ini.
Semoga program ini dapat mencapai objektifnya dalam meningkatkan pemahaman yang lebih jelas berkaitan pengurusan dan pengendalian situasi ancaman ketenteraman awam dan meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan agensi, serta memperkukuh kerjasama antara agensi dalam menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di Daerah Muar.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut