𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal. Penguatkuasaan ini bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 ( Akta 715).

Sebanyak 17 buah kenderaan barangan telah dikenakan tindakan di bawah seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959. Kesalahan lain dikesan tidak tutup muatan, serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

FENOMENA KLIMATOLOGI PUNCA CUACA PANAS MELANDA NEGARA

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendedahkan keadaan cuaca panas dan kurang hujan yang sedang melanda negara ketika ini adalah fenomena klimatologi …

BENGKEL PENGURUSAN PENGOPERASIAN BENCANA NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Pengurusan …

USAHAWAN PEKEDAI AGROBAZAAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Onboarding …