13 PTI WARGA VIETNAM DIHANTAR PULANG MELALUI LTAKK

PULANG: Salah seorang PTI melakukan proses dokumentasi akhir sebelum diusir pulang ke Vietnam.

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) menghantar pulang 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) lelaki warga Vietnam pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib berkata, penghantaran pulang menggunakan pengangkutan

udara dilaksanakan melalui Program Pemindahan Tahanan Asing Ke Negara Asal bagi tahun ini membabitkan PTI berumur 23 tahun sehingga 51 tahun.

“Pemindahan tahanan PTI warganegara Vietnam telah dilaksanakan daripada Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Depot Imigresen Papar  pulang ke Ho Chin Minh City, Vietnam.

“PTI yang dipindahkan ini melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa.

“Kesemua mereka selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal setelah lengkap dokumen perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, untuk tahun ini, seramai 50 orang tahanan PTI warganegara Vietnam direkodkan pulang ke negara asal melalui pengangkutan udara.

“Jumlah ini menjadikan keseluruhan 7,943 orang warganegara asing berjaya dipindahkan ke negara asal.

“Kesemua tahanan PTI ini akan disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, kekerapan pelaksanaan program pemindahan tahanan PTI oleh JIM Sabah adalah tertakluk dengan hubungan kerjasama daripada pihak Kedutaan Asing di Malaysia.

“Operasi pemindahan tahanan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan Jabatan Imigresen Negeri Sabah yang dijalankan dari semasa ke semasa bagi kesemua tahanan yang ditempatkan di Depot-Depot Imigresen Sabah.

“Jabatan Imigresen Negeri Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang diberikan.

“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang

menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah dan individu

yang melakukan pelanggaran syarat pas atau permit seperti yang termaktub mengikut Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Beliau juga menasihatkan majikan dan masyarakat supaya mengambil warganegara asing untuk bekerja di negara ini mengikut saluran yang berlandaskan undang-undang.

“Jabatan ini akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam membanteras PTI di negara ini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut