𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟮𝟭𝟳,𝟰𝟮𝟰

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Barat Daya berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan dadah bernilai RM217,424 dalam satu operasi khas yang dijalankan pada 1 Disember 2024 di kawasan Teluk Bahang.

Dalam serbuan sekitar jam 8.30 pagi di tepi Jalan Hassan Abas, berhampiran Hotel Sea Princess, seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 29 tahun ditahan bersama beg galas yang mengandungi:

• 6.5 kilogram ganja bernilai RM20,150.00
• 6.1 kilogram syabu bernilai RM195,200.00
• 34 gram serbuk MDMA bernilai RM2,074.00
Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM217,424.
Siasatan awal mendapati saspek mengaku dadah tersebut miliknya dan merancang untuk menyeludupnya ke Palembang, Indonesia dengan menggunakan laluan perairan Pulau Pinang. Saspek turut mendakwa mendapat bekalan daripada seorang lelaki warganegara India yang dikenali sebagai “Bos” dan dijanjikan upah sebanyak RM2,800.00 bagi setiap kilogram dadah yang berjaya diseludup keluar.
Saspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …