MOSTI SABAH, MCMC DIARAH MEMANTAU PROJEK PEMASANGAN MENARA TELEKOMUNIKASI

GIMIK: Hajiji menyempurnakan simbolik tandatangan ketika mengadakan lawatan berkenan.

KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri (MOSTI) diarahkan untuk memantau dengan teliti pemasangan menara telekomunikasi di bawah fasa satu projek Rangkaian Digital Negara (JENDELA) di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, fasa dua JENDELA akan dilaksanakan tahun depan, tetapi prestasi kontraktor masih jauh daripada yang diharapkan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke kementerian itu di Wisma Bandaraya di sini, hari ini.

Hajiji telah diberi taklimat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menyatakan bahawa hanya 217 daripada 382 menara atau 57 peratus di bawah fasa satu JENDELA yang telah siap di Sabah.

Daripada 217 menara yang siap, hanya 63 peratus yang beroperasi sepenuhnya.

Hajiji berkata, MOSTI Negeri dan MCMC mesti memastikan kerja-kerja disiapkan mengikut jadual.

Beliau memberi amaran bahawa Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika tiada penambahbaikan dalam prestasi projek berkenaan .

Hajiji turut menerima taklimat daripada Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Hanafiah Mohd Kassim mengenai usaha-usaha untuk mengurangkan pengangguran melalui latihan berdasarkan penempatan kerja serta menarik lebih ramai pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Saya mahu kementerian memberi tumpuan kepada STEM selaras dengan permintaan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

“Kita tidak mahu ketinggalan, oleh itu kementerian perlu memainkan peranan sebagai penyokong utama sains dan teknologi di negeri ini,” katanya.

Turut hadir dalam taklimat itu ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif, Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima  Safar Untong serta tetamu kehormat yang lain.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …