Pada 3 Disember 2024 telah diadakan lawatan kerja daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diketuai oleh CP Dato’ Haji Baharuddin Bin Haji Ahmad, TKPKN(KS) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Seri Mendapat, Merlimau dan SK Parit Penghulu, Sg. Rambai, Melaka.
Lawatan ini adalah untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir serta para petugas keselamatan yang ditempatkan di PPS. TKPKN(KS) turut memberikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir. Hujan lebat yang turun sejak 28 November 2024 telah menyebabkan air naik ke kawasan kediaman penduduk di sekitar Jasin, Melaka.
Mangsa yang ditempatkan di SK Seri Mendapat ialah seramai 66 orang dan SK Parit Penghulu ialah seramai 95 orang. Kesemua mangsa berada dalam keadaan baik dan sihat.
Sumber : Facebook Majlis Keselamatan Negara