JKNNS KESAN KES DISYAKI KENCING TIKUS DI PUSAT REKREASI ULU BENDUL

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengesan lapan kes disyaki leptospirosis atau kencing tikus di pusat rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah seperti tular di media sosial. Menurut Pengarahnya, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid, daripada jumlah itu, satu kes dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut manakala tujuh lagi diberikan rawatan pesakit luar.

Pada 19 November lepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban menerima tiga notifikasi kes disyaki leptospirosis daripada Klinik Kesihatan Sendayan melibatkan sebuah keluarga dari Seremban dengan gejala demam, muntah dan cirit-birit yang mempunyai sejarah mengunjungi pusat rekreasi di Ulu Bendul pada 10 November. PKD Seremban turut menerima pertambahan lima lagi notifikasi kes gejala sama dengan sejarah perjalanan ke pusat rekreasi tersebut antara 10 hingga 16 Nov.

Sampel klinikal pesakit telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kesihatan (MKAK), Sungai Buloh untuk ujian pengesahan leptospirosis selain penilaian risiko turut dijalankan ke atas pusat rekreasi tersebut. Tindakan kawalan dan pencegahan yang sewajarnya telah diambil oleh agensi berkaitan.

Pusat rekreasi berkenaan ditutup sementara waktu oleh pihak berkuasa tempatan bermula 29 November hingga 15 Disember ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan dijalankan. Jabatan Kesihatan Negeri,Negeri Sembilan akan terus memantau perkembangan terkini kejadian wabak disyaki leptospirosis ini serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan dengan kerjasama semua agensi yang berkaitan.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan semasa mengunjungi pusat rekreasi dan jika bergejala setelah mengunjungi tempat tersebut, perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 153,000 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – KM

Ayer Keroh – Melaka menerima peruntukan sebanyak RM23,043,600 bagi Bantuan Awal Persekolahan sesi 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama …
Maklumat Lanjut

TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT

Paya Rumputi – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk menampal iklan atau …
Maklumat Lanjut

MELAKA BURU PIHAK GANTUNG KAIN RENTANG AJARAN SESAT

Pengkalan Batu – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang …
Maklumat Lanjut