JKNNS KESAN KES DISYAKI KENCING TIKUS DI PUSAT REKREASI ULU BENDUL

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengesan lapan kes disyaki leptospirosis atau kencing tikus di pusat rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah seperti tular di media sosial. Menurut Pengarahnya, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid, daripada jumlah itu, satu kes dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut manakala tujuh lagi diberikan rawatan pesakit luar.

Pada 19 November lepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban menerima tiga notifikasi kes disyaki leptospirosis daripada Klinik Kesihatan Sendayan melibatkan sebuah keluarga dari Seremban dengan gejala demam, muntah dan cirit-birit yang mempunyai sejarah mengunjungi pusat rekreasi di Ulu Bendul pada 10 November. PKD Seremban turut menerima pertambahan lima lagi notifikasi kes gejala sama dengan sejarah perjalanan ke pusat rekreasi tersebut antara 10 hingga 16 Nov.

Sampel klinikal pesakit telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kesihatan (MKAK), Sungai Buloh untuk ujian pengesahan leptospirosis selain penilaian risiko turut dijalankan ke atas pusat rekreasi tersebut. Tindakan kawalan dan pencegahan yang sewajarnya telah diambil oleh agensi berkaitan.

Pusat rekreasi berkenaan ditutup sementara waktu oleh pihak berkuasa tempatan bermula 29 November hingga 15 Disember ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan dijalankan. Jabatan Kesihatan Negeri,Negeri Sembilan akan terus memantau perkembangan terkini kejadian wabak disyaki leptospirosis ini serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan dengan kerjasama semua agensi yang berkaitan.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan semasa mengunjungi pusat rekreasi dan jika bergejala setelah mengunjungi tempat tersebut, perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut