DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
KPDN Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Training of Heroes_yang melibatkan seramai lima puluh (50) orang Hero Pengguna di Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti,orang awam dan NGO terlibat mengenai inisiatif-inisiatif di KPDN dan juga kempen terbaru yang dijalankan iaitu KITA GEMPUR.
Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah Sesi Ice Breaking sebagai pengenalan sesama peserta. Seterusnya para peserta didedahkan dengan beberapa siri taklimat iaitu Taklimat Pengenalan Hero Pengguna, Taklimat Pengenalan mengenai KPDN, Taklimat berkaitan Inisiatif KITA GEMPUR, Taklimat Pengenalan mengenai Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Taklimat Tebus Rugi, dan Taklimat mengenai Saluran Aduan.
Sumber : KPDN Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang