𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗔𝗦

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

IPD Barat Daya bersama pasukan D7 JSJ IPK Pulau Pinang berjaya menumpaskan kegiatan eksploitasi seks melibatkan mangsa warganegara Nigeria dalam satu operasi khas di Ideal One Foresta, Bayan Lepas pada 30 November 2024.

Operasi yang diketuai oleh pegawai BSJ IPD Barat Daya dan D7 JSJ IPK Pulau Pinang itu telah membawa kepada tangkapan empat individu:
1️⃣ (B1) Wanita tempatan berusia 24 tahun, pelajar sebuah universiti di Pulau Pinang.
2️⃣ (B2) Lelaki warganegara Nigeria, berusia 34 tahun.
3️⃣ (B3) Lelaki warganegara Nigeria, berusia 37 tahun.
4️⃣ (B4) Lelaki warganegara Nigeria, berusia 29 tahun.
Turut dirampas dalam operasi ini:
📱 7 telefon bimbit pelbagai jenama
🔑 2 rangkai kunci beserta kad akses
📄 1 salinan perjanjian sewaan
Hasil siasatan awal mendapati (B4) mengaku terlibat dalam kegiatan eksploitasi seks terhadap mangsa, namun mendakwa mangsa melakukannya secara rela. Mangsa yang sebelum ini dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah mendakwa dijadikan mangsa perdagangan manusia oleh sindiket.
Semua suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom).
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …