JERANTUT DAERAH TERBARU BANJIR SELEPAS RAUB DAN LIPIS

JERANTUT: Tiga Pusat Perpindahan Sementara (PPS) dibuka di Jerantut membabitkan 18 keluarga dengan 66 isi rumah pada jam 11 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut berkata tiga PPS itu di buka di Mukim Hulu Cheka membabitkan Kampung Sempadan, Kampung Baharu dan Kampung Batu Balai.

Menurutnya hujan yang berterusan pada malam tadi sehingga hari ini menyebabkan berlakunya kejadian banjir di Mukim Hulu Cheka.

“Di PPS Balai Raya Kampung Sempadan menempatkan 6 keluarga dengan jumlah isi rumah seramai 24, di PPS Sekolah Kebangsan Batu Balai menempatkan 7 keluarga dengan 16 isi rumah, manakala di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu menempatkan 5 ketua keluarga dengan 26 isi rumah.

“Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut juga telah dibuka di APM Jerantut,” katanya.

sumber: BH

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut