BAS EKSPRES TERBAKAR, PEMANDU DAN 30 PENUMPANG SELAMAT

TERBAKAR: Keadaan tayar bas ekspres yang terbakar semasa dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Menumbok.

MENUMBOK: Sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Menumbok dilaporkan terbakar berhampiran  Sekolah Kebangsaan (SK) Sinapokan, kira-kira 10 kilometer dari pekan Menumbok, di sini, pagi Khamis.

Pemandu dan kira-kira 30 penumpang bas berkenaan bagaimanapun dilaporkan selamat.

Saksi kejadian, Abdullah Othman berkata, sebelum kejadian itu, dia yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Menumbok berada di belakang bas berkenaan.

“Sebelum tiba dekat SK Sinapokan, saya lihat tayar belakang bas ekspres berasap. Lalu memotong dan menjerit ke arah pemandu bas mengatakan tayar belakang terbakar.

“Bas ekspres itu kemudian memperlahankan kenderaan lalu berhenti di tepi jalan dekat SK Sinapokan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia bersama beberapa orang awam kemudian membantu memadam api menggunakan baldi kecil berisi air.

“Masa itu juga, saya terus menghubungi pihak bomba dan secara kebetulan sebuah lori tangki air yang melalui kawasan kejadian turut membantu memadam kebakaran.

“Lebih kurang 30 penumpang berjaya keluar dengan selamat termasuk pemandu,” katanya.

Katanya, dia turut menumpangkan beberapa penumpang bas yang kebetulan hendak ke Menumbok.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Penolong Penguasa Bomba, Nelson Ponji berkata, sebaik menerima panggilan jam 9.30 pagi itu, seramai lapan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 33 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi api berjaya dipadamkan oleh orang awam dan bas berkenaan terbakar 20 peratus di bahagian tayar.

“Pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan dan tiada mangsa terbabit dilaporkan. Operasi ditamatkan pada jam 10.40 pagi,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …