13 SUNGAI DI TERENGGANU LEPASI PARAS BAHAYA SETAKAT JAM 10 PAGI

Tiga belas sungai di lima daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat jam 10 pagi Khamis berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.

Berdasarkan data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, empat sungai melepasi paras bahaya di Setiu iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok; Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri; Sungai Setiu di Kampung Besut dan Sungai Nerus di Kampung Langkap.

“Di Besut pula melibatkan dua sungai iaitu Sungai Besut di Kampung La dan Sungai Besut di Kampung Keruak.

Selain itu, di Hulu Terengganu pula melibatkan Sungai Berang di Kampung Menerong dan Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping. Bagi daerah Dungun melibatkan Sungai Dungun di Kuala Jengai dan Sungai Dungun di Pasir Raja manakala di Kemaman pula melibatkan sebuah sungai iaitu Sungai Tebak di Kampung Tebak yang melepasi paras bahaya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di seluruh Terengganu sehingga Jumaat ini. Jumlah mangsa banjir di Terengganu merekodkan seramai 9,005 mangsa setakat jam 10 pagi Khamis . Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Besut merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 3621 mangsa daripada 992keluarga sudah dipindahkan ke 54PPS yang telah diaktifkan.

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …