Kerajaan Terengganu telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengintegrasikan pendidikan dalam menekankan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum sekolah.
Selain itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Dato’ Satiful Bahari Mamat, antara usaha yang dibuat ialah menganjurkan aktiviti di sekolah-sekolah setiap daerah melalui kerjasama Yayasan Terengganu untuk mencungkil bakat dan menarik minat pelajar dalam bidang inovasi.
Tambahan lagi, di semua peringkat, kerajaan negeri menyokong industri kreatif dan teknologi digital antaranya menerusi penubuhan zon ekonomi digital dengan menyediakan ruang bagi syarikat teknologi berkembang termasuk dalam bidang animasi, reka bentuk grafik digital.
Seterusnya, usaha menyokong kawasan luar bandar menonjolkan keunikan tradisi dan kraf tempatan melalui inovasi terkini dapat meningkatkan tradisi dan kraf tradisional sekaligus menjana pendapatan penduduk desa.
Kerajaan negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) menganjurkan ‘Media Engagement Strategy’ yang melibatkan bidang teknologi maklumat dan media baru selain beberapa pelan kerjasama melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Sumber: TRDI