DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah peringkat negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SMK Seri Balik Pulau. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mencegah salah laku disiplin pelajar.
Program ini melibatkan pelantikan pelajar sebagai Duta Sahsiah, iaitu individu yang memenuhi kriteria akademik, sahsiah, dan sosial terbaik untuk menjadi teladan kepada rakan sebaya. Peluncuran ini juga memperkenalkan garis panduan salah laku seksual dan buli di institusi pendidikan sebagai usaha mendidik pelajar agar menghindari perilaku tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484