LUBANG BENAM DI JALAN GUA MUSANG-LOJING SUDAH DIBAIKI

Lubang benam yang berlaku di Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke pada Sabtu lalu telah mula dibaiki pada hari Ahad.

Nnamun jalan tersebut masih belum dibuka sepenuhnya untuk laluan kenderaan.

Hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan dari arah Lojing dan Cameron Highlands menuju ke Gua Musang, sementara kerja-kerja pembaikan dan turapan masih dijalankan.

Papan tanda amaran juga telah dipasang di kawasan terbabit.

Masyarakat Orang Asli di Kampung Jekjok mendakwa penerokaan tanah untuk aktiviti pertanian adalah antara punca kejadian tersebut dengan hujan berlarutan menyebabkan hakisan tanah yang teruk.

Kejadian ini juga menimbulkan kebimbangan jika ia merebak ke kawasan lain, terutama jika aktiviti pembukaan kebun tidak dikawal.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut