Tindakan oversharing di media sosial boleh mendedahkan pengguna kepada ancaman keselamatan seperti kecurian identiti dan harta benda.
Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon, lokasi pergerakan dan gambar anak-anak.
Langkah keselamatan seperti menetapkan privasi akaun dan memadamkan kenalan yang tidak dikenali sangat penting.
Oversharing sering berlaku akibat emosi berlebihan atau keinginan mendapatkan perhatian.
Bagi mangsa buli siber, mereka disarankan untuk melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa atau mendapatkan bantuan melalui talian sokongan seperti Talian Kasih dan Cyber999.
Sumber: Bernama