Mulai 1 Disember ini, mana-mana individu yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan Malaysia-Thailand akan ditahan.
Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Hamzah Ishak, menegaskan bahawa hanya tiga pintu sempadan yang diwartakan di Kelantan dibenarkan untuk dilalui.
Ini termasuk pelajar yang berulang-alik ke sekolah di Rantau Panjang melalui laluan haram.
Isu ini telah dibincangkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang sedang merangka strategi untuk menangani masalah pelajar.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Kelantan.
Sebelum ini, hampir 500 murid dan pelajar dari Thailand menggunakan pangkalan haram untuk ke sekolah di Malaysia setiap hari.
Sumber: Bernama
Artikel/Berita Terkini
MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026
SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …
PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …
DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)
TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …
