LELAKI WARGA ASING POSITIF SYABU DITAHAN

TANGKAP: Suspek positif dadah berjaya ditahan di Kampung Mangga, Kalabakan.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu di Kampung Mangga, Kalabakan, semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan menerusi Rondaan Cegah Jenayah (RCJ), kira-kira jam 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan kampung berkenaan.

“Pasukan rondaan terus menjalankan pemeriksaan dokumentasi dan hasil siasatan awal, suspek mengaku mengambil dadah jenis syabu sejak tahun 2017 lagi.

“Suspek kemudian ditahan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jasmin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah, terutamanya pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Polis akan terus memperketatkan operasi dan memantau kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot kegiatan jenayah dan dadah di daerah ini.

“Orang ramai diminta supaya bekerjasama dan terus memberikan maklumat dalam usaha membantu pihak berkuasa mengekang aktiviti jenayah di daerah ini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

PANDUAN DAN LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA BERCUTI UNTUK TEMPOH YANG LAMA

Bercuti panjang sempena musim perayaan atau cuti sekolah memang dinantikan. Namun, rumah yang kosong dalam tempoh lama boleh menjadi sasaran …

KESILAPAN KOMUNIKASI BOLEH MEROSAKKAN PERSAHABATAN

 Komunikasi yang baik merupakan asas penting dalam membina dan mengekalkan hubungan persahabatan. Namun, kesilapan dalam berkomunikasi boleh menimbulkan salah faham, …

STRES BUKAN ALASAN UNTUK MENGAMBIL DADAH

Tekanan atau stres tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengambil dadah sebagai jalan mudah bagi mendapatkan ketenangan sementara. Penggunaan dadah bagi …