SEBUAH RUMAH, ENAM KENDERAAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dan pemeriksaan akhir bagi memastikan api padam sepenuhnya.

TAWAU: Sebuah rumah dan enam kenderaan termasuk empat buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di Felda Umas 03, Blok 5, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.28 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama tiga buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 112 kilometer daripada BBP Tawau.

“Operasi berkenaan turut dibantu seramai 10 orang anggota daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Umas yang tiba awal ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal dan enam kenderaan termasuk empat motosikal sudah musnah terbakar,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan dua pancutan daripada sumber air pili bomba berhampiran dalam operasi berkenaan.

Jemishin berkata, setakat ini kejadian itu membabitkan kemusnahan harta benda sahaja dan tiada mangsa dilaporkan cedera atau kemalangan jiwa berlaku.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud di lokasi kejadian, pasukan bomba kemudian menamatkan operasi pada jam 12.38 tengah hari.

“Pasukan forensik bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut