5 DAERAH DI TERENGGANU TERJEJAS BANJIR, HAMPIR 3,000 MANGSA DIPINDAHKAN

Jumlah mangsa terjejas akibat banjir di Terengganu menunjukkan peningkatan apabila 2,765 mangsa dipindahkan setakat 8 pagi ini. Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 411 mangsa, malam tadi. Kesemua mangsa daripada 603 keluarga itu kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir susulan satu PPS yang diaktifkan malam tadi bagi menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga. Ia menyaksikan lima daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun.

Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,584 mangsa daripada 554 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Ia diikuti daerah Hulu Terengganu yang mengaktifkan enam PPS bagi menempatkan 94 mangsa daripada 25 keluarga.

Sementara itu, seramai 69 mangsa daripada 19 keluarga yang terjejas ditempatkan di satu PPS di Setiu, manakala di Marang, satu PPS dibuka sebagai tempat berlindung 13 mangsa daripada empat keluarga. Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut