NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA, TAK PEDULI MUSIM TENGKUJUH

Nelayan asing khususnya warga Vietnam dikesan terus menceroboh perairan Kelantan walaupun semasa musim Monson Timur Laut (MTL) dengan keadaan laut yang bergelora.

Taktik nelayan asing ini dilakukan dengan beranggapan bahawa pihak berkuasa tidak memantau perairan kerana ombak besar pada musim ini.

Namun begitu, Maritim Malaysia tetap menjalankan rondaan rutin malah mempertingkatkan rondaan dan operasi pencegahan termasuk menyelamatkan dua nelayan asing yang hampir lemas pada Januari lepas.

Pihak berkuasa juga memberikan nasihat kepada nelayan tempatan yang beroperasi dalam keadaan laut bergelora dan memberi peringatan kepada orang ramai untuk berhati-hati di pantai.

Operasi ini melibatkan 115 anggota dan sejumlah aset Maritim Malaysia serta beberapa aset untuk memantau dan menjaga keselamatan sepanjang MTL.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut