𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 (𝐒𝐀𝐑) 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐒𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐑𝐎𝐁𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋
14 November 2024, Gunung Pulai: Empat (4) orang pendaki lelaki didapati sesat ketika menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai pada hari khamis yang lalu.
Mangsa merupakan warganegara Malaysia telah mendapati dirinya sesat ketika dalam perjalanan turun dari Gunung Pulai melalui trek Hutan Pelajaran. Laporan telah dibuat sendiri oleh mangsa yang memaklumkan menerusi telefon bahawa mereka tersesat dan tidak mejumpai jalan pulang.
Mangsa yang pada awalnya telah mendaki melalui trek jalan tar yang kemudian telah memasuki kawasan tertutup iaitu Trek Hutan Pelajaran tanpa permit memasuki hutan serta Malim Gunung Perhutanan (MGP). Akibat daripada itu, mangsa telah tersesat dan tidak menemui jalan keluar.
Aduan telah diterima oleh IPD Kulai pada jam 1.15 tghri. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa dilaksanakan serta merta pada jam 3.00 petang bagi mengesan mangsa di kawasan berkenaan melibatkan Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan, Anggota PDRM Balai Polis Kulai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulai.
Mangsa telah berjaya ditemui pada jam 3.45 petang di dalam Hutan Simpan Gunung Pulai. Kesemua mangsa telah dibawa keluar dengan kawalan PDRM dan terus dibawa ke Balai Polis bagi siasatan lanjut. Keadaan mangsa didapati sihat tanpa sebarang kenderaan yang serius. Mangsa kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas rakaman percakapan di ambil.
Mangsa didapati 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐝𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐢𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐢 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐫𝐮𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐌𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐆𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐚𝐧 (𝐌𝐆𝐏).
Orang ramai yang berhasrat untuk masuk hutan atau mendaki dinasihatkan agar mematuhi peraturan dengan memohon permit memasuki Hutan Simpanan Kekal serta menggunakan khidmat MGP. Jabatan juga mengingatkan agar mematuhi larangan penutupan trek pendakian di musim tengkujuh ini bermula 15 November 2024 atas faktor keselamatan diri dan ketenteraman awam.
𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟰𝟳 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 (𝗣𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻) 𝟏𝟗𝟖𝟓 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗶 𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗶𝘁.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Johor