MTL: APM TINGKAT RONDAAN PANTAI

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meningkatkan rondaan di pantai-pantai tumpuan pelancong di Kelantan terutama di Pantai Geting, Pantai Irama, Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tok Bali.
Ia untuk memastikan keselamatan pengunjung semasa musim Monsun Timur Laut (MTL).
Setiap pantai akan mempunyai menara Penyelamat Pantai dengan empat anggota APM bertugas.
Rondaan akan dilakukan lebih kerap, dan pengunjung diingatkan agar berhati-hati dengan isyarat bendera merah yang menaikkan amaran ombak tinggi dan angin kuat.
APM juga akan merujuk ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia untuk langkah keselamatan.
Orang ramai diingatkan untuk lebih waspada, terutamanya kanak-kanak yang bermain di pesisiran pantai.
Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut