INFO KESIHATAN: TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNG

Serangan jantung dikenali sebagai infark miokard atau serangan coroner, terjadi ketika ketika aliran darah ke jantung terhambat atau terputus secara tiba-tiba. Ini sering disebabkan oleh penyumbatan pembuluh darah koroner yang membawa darah ke jantung. Penyebab umum penyumbatan tersebut adalah pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan lain di dalam pembuluh darah coroner yang dapat menyebabkan pembuluh darah tersumbat atau pecah.

 

Tanda Serangan Jantung

Setiap orang mungkin akan mengalami tanda serangan jantung yang berbeza-beza. Namun antara tanda serangan jantung yang paling umum adalah seperti berikut:

 

Sakit Dada

Sakit dada adalah tanda serangan jantung yang paling biasa namun tidak ramai yang menyedarinya. Sakit dada yang memicu kepada serangan jantung biasanya akan memberi rasa berat, sesak atau tekanan di dada. Namun sekiranya sakit dada berlaku semasa melakukan senaman, tetapi hilang apabila berhenti, itu lebih cenderung ke arah simptom angina.

 Sakit Perut atau Sneak

 Sakit perut atau rasa terbakar di dada atau perut boleh menjadi tanda serangan jantung atau masalah lain yang berkaitan jantung.

 Berpeluh Dingin

 Berpeluh selepas keluar dari sauna, pergi ke gim, atau ketika cuaca panas adalah perkara normal kepada setiap orang. Tetapi berpeluh dingin atau sejuk tanpa melakukan apa-apa aktiviti atau faktor cuaca yang panas, itu mungkin petanda amaran yang berbahaya kepada kesihatan jantung. Mereka yang mengalaminya akan menyebabkan kulit berubah menjadi pucat atau biru dan disertai dengan rasa lemah.

 Sakit Kaki

 Sekiranya mengalami kekejangan di betis semasa berjalan, mungkin ia adalah salah satu dari gejala PAD (Pripheral Artery Disease). Ia paling biasa perlaku kepada golongan perokok dan orang yang menghidap diabetes.

 Sakit Lengan

 Pasti ada yang tertanya-tanya apakah kaitan antara tanda serangan jantung dan sakit lengan. Pasti ada kaitannya. Jika sakit turun ke bawah lengan, terutamanya lengan kiri, atau ke leher yang menjadikannya lebih berkemungkinan berkaitan jantung daripada senak. Jika ia tidak hilang, atau jika anda tahu anda menghidap penyakit jantung dan telah menggunakan semburan GTN (glyceryl trinitrate) dua atau tiga kali tanpa kesan yang ketara, anda harus mendapatkan nasihat doktor.

 Sukar Bernafas dan Pening

 Jika berasa seperti baru sahaja berlari maraton, tetapi hanya menaiki tangga, itu mungkin tanda jantung anda tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan. Sesak nafas boleh berlaku dengan atau tanpa sakit dada, dan ia adalah tanda biasa serangan jantung senyap. Ada kalanya simptom ini akan datang bersama rasa pening dan menyebabkan pengsan. Walaupun ini boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, adalah lebih biasa bagi wanita untuk mengalami sesak nafas.

 Keletihan Yang Melampau

 Rasa letih sepanjang masa boleh menjadi gejala kegagalan jantung. Jika anda letih dan anda telah bekerja berjam-jam atau berjaga sehingga lewat, ia mungkin perkara yang normal. Tetapi jika anda mula mengalami keletihan yang melampau dan gaya hidup anda tidak berubah, segeralah berkonsultasi dengan doktor untuk tindakan lanjut.

 Mual atau muntah

 Beberapa orang yang mengalami serangan jantung juga mengalami mual, muntah, atau berasa badan tidak sihat secara umum.

 

Sumber: 

  1. Heart Foundation.
  2. Healthline.

 

Artikel/Berita Terkini

FAKTA IMPAK KRISIS TENAGA GLOBAL TERHADAP MALAYSIA

Malaysia ialah pengimport minyak mentah untuk menampung keperluan domestik: 🚗 Penggunaan minyak mentah domestik: ±700,000 tong sehari 🛳️ Pengeluaran minyak …

PENJARA TIGA TAHUN JIKA GUNA MYKAD ORANG LAIN UNTUK BELI PETROL

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad orang lain termasuk milik ahli keluarga sendiri …

PROGRAM MYLESEN JPJ NEGERI MELAKA PERINGKAT UJIAN BERTULIS DAN KELAS KPP

Melaka – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka telah melaksanakan Program MyLesen JPJ Negeri Melaka yang melibatkan sesi Kelas Kurikulum …