Serangan jantung dikenali sebagai infark miokard atau serangan coroner, terjadi ketika ketika aliran darah ke jantung terhambat atau terputus secara tiba-tiba. Ini sering disebabkan oleh penyumbatan pembuluh darah koroner yang membawa darah ke jantung. Penyebab umum penyumbatan tersebut adalah pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan lain di dalam pembuluh darah coroner yang dapat menyebabkan pembuluh darah tersumbat atau pecah.
Tanda Serangan Jantung
Setiap orang mungkin akan mengalami tanda serangan jantung yang berbeza-beza. Namun antara tanda serangan jantung yang paling umum adalah seperti berikut:
Sakit Dada
Sakit dada adalah tanda serangan jantung yang paling biasa namun tidak ramai yang menyedarinya. Sakit dada yang memicu kepada serangan jantung biasanya akan memberi rasa berat, sesak atau tekanan di dada. Namun sekiranya sakit dada berlaku semasa melakukan senaman, tetapi hilang apabila berhenti, itu lebih cenderung ke arah simptom angina.
Sakit Perut atau Sneak
Sakit perut atau rasa terbakar di dada atau perut boleh menjadi tanda serangan jantung atau masalah lain yang berkaitan jantung.
Berpeluh Dingin
Berpeluh selepas keluar dari sauna, pergi ke gim, atau ketika cuaca panas adalah perkara normal kepada setiap orang. Tetapi berpeluh dingin atau sejuk tanpa melakukan apa-apa aktiviti atau faktor cuaca yang panas, itu mungkin petanda amaran yang berbahaya kepada kesihatan jantung. Mereka yang mengalaminya akan menyebabkan kulit berubah menjadi pucat atau biru dan disertai dengan rasa lemah.
Sakit Kaki
Sekiranya mengalami kekejangan di betis semasa berjalan, mungkin ia adalah salah satu dari gejala PAD (Pripheral Artery Disease). Ia paling biasa perlaku kepada golongan perokok dan orang yang menghidap diabetes.
Sakit Lengan
Pasti ada yang tertanya-tanya apakah kaitan antara tanda serangan jantung dan sakit lengan. Pasti ada kaitannya. Jika sakit turun ke bawah lengan, terutamanya lengan kiri, atau ke leher yang menjadikannya lebih berkemungkinan berkaitan jantung daripada senak. Jika ia tidak hilang, atau jika anda tahu anda menghidap penyakit jantung dan telah menggunakan semburan GTN (glyceryl trinitrate) dua atau tiga kali tanpa kesan yang ketara, anda harus mendapatkan nasihat doktor.
Sukar Bernafas dan Pening
Jika berasa seperti baru sahaja berlari maraton, tetapi hanya menaiki tangga, itu mungkin tanda jantung anda tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan. Sesak nafas boleh berlaku dengan atau tanpa sakit dada, dan ia adalah tanda biasa serangan jantung senyap. Ada kalanya simptom ini akan datang bersama rasa pening dan menyebabkan pengsan. Walaupun ini boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, adalah lebih biasa bagi wanita untuk mengalami sesak nafas.
Keletihan Yang Melampau
Rasa letih sepanjang masa boleh menjadi gejala kegagalan jantung. Jika anda letih dan anda telah bekerja berjam-jam atau berjaga sehingga lewat, ia mungkin perkara yang normal. Tetapi jika anda mula mengalami keletihan yang melampau dan gaya hidup anda tidak berubah, segeralah berkonsultasi dengan doktor untuk tindakan lanjut.
Mual atau muntah
Beberapa orang yang mengalami serangan jantung juga mengalami mual, muntah, atau berasa badan tidak sihat secara umum.
Sumber:
- Heart Foundation.
- Healthline.